Biodata Cikgu Rohanilah
Nama penuh Rohanilah Binti Martin yang berasal dari "Negeri di Bawah Bayu". Mendapat pendidikan awal di SK Lanas (1997-2000) dan SK Magatang (2001-2002). Bersekolah menengah di SMK Keningau 1 (2003) dan SM Maktab Sabah (2004-2009). Kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Teknologi Maklumat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (2010-2014), sebelum menimba pengalaman sebagai guru Sejarah dan Sains Komputer di SMK Kota Puteri 2, Pasir Gudang (2016-2017) dan berpindah ke SM La Salle, Kota Kinabalu (2018-Kini). Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pendidikan Sumber & Teknologi Maklumat.
Pembentang Kajian Tindakan (Sejarah) dalam Persidangan TEKNOPEN Kinabalu 2018 di SJK(C) Yuk Yin, Keningau.
Malaysian Lasallian Educators Conference (MaLEC) 2018, Seremban Negeri Sembilan.
|