Perancangan Pengalaman Pembelajaran
Dalam tugasan ini, kami diminta untuk mempersembahkan pengajaran mikro di dalam kelas yang merangkumi tentang isu/masalah yang perlu ditangani, menyatakan objektif pembelajaran, menyediakan bahan dan aktiviti pengajaran serta bentuk penilaian yang akan dijalankan. Pengajarn mikro yang dijalankan membolehkan kita berkongsi idea untuk membuat penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran yang disediakan juga bersesuaian dengan objektif yang ingin dicapai. Setiap kumpulan melakukan aktiviti pembelajaran abada ke-21 dengan melakukan aktiviti gallery walk, menggunakan bahan AR, video, muzik dan tarian.
Augmented Reality
AR merupakan tugasan yang memerlukan kami untuk membina bahan pengajaran dan pembelajaran pelajar berdasarkan masalah yang dihadapi dalam satu topik mata pelajaran yang dipilih. Tugasan ini memberikan pengetahuan baharu kepada saya kerana saya tidak pernah membangunkan bahan pengajaran menggunakan AR. Terdapat pelbagai pengalaman dan cabaran yang dihadapi untuk menyempurnakan bahan pengajaran ini dan ia dapat memberikan motivasi kepada saya untuk menghasilkan lebih banyak bahan pengajaran menggunakan AR.
Systematic Literature Review
Terdapat 4 tajuk yang telah diberikan dan kami memilih Computational Thinking sebagai tajuk kajian. Tugasan ini memerlukan kami untuk mencari 20 artikel/buku yang berkaitan dengan tajuk dan dikehendaki untuk membuat sinopsis untuk setiap artikel/buku. Daripada sinopsis, kami perlu menyediakan satu kesimpulan tentang tajuk yang dipilih. Tugasan ini memberi peluang kepada saya untuk membuat pembacaan tentang artikel yang berkaitan dengan Computational Thinking dan saya juga dapat memahami dengan lebih mendalam tentang konsep Computational Thinking.
Refleksi Metakognitif
Tugasan ini berkaitan dengan refleksi tentang tugasan-tugasan yang diberikan sepanjang mengikuti kursus Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Terdapat 27 soalan yang perlu dijawab dan penulisan hendaklah tidak kurang daripada 3,000 patah perkataan. Soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan proses pembangunan bahan AR, pengajaran Mikro dan berkaitan dengan kemahiran TPACK dalam proses pengajarn dan pembelajaran.