SISTEM AHLI
1. Konsep Sistem Ahli
2. Ciri-ciri Sistem Ahli
3. Mengapakah Sistem Ahli dianggap penting kepada negara?
4. Portfolio yang terdapat dalam sistem ahli
- Sistem Ahli ialah sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pemerintahan Tanah Melayu.
2. Ciri-ciri Sistem Ahli
- Terdiri daripada sembilan anggota iaitu lima penduduk Tanah Melayu dan empat pegawai Inggeris
- Anggota Sistem Ahli dipanggil ahli
- Dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Raja-raja Melayu
- Satu sistem kabinet bayangan
- Ahli dilantik berdasarkan tokoh masyarakat dan pegawai tadbir
- Ahli dikawal oleh Pesurujaya Tinggi British
- Ahli ditugaskan menjaga satu portfolio mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan
- Ahli akan menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut
- Ahli bertanggungjawab mencadangkan undang-undang berkaitan jabatannya untuk dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
- Merupakan tapak asas melatih orang tempatan berkerajaan sendiri
- Merupakan proses perpaduan kaum
- Satu pendedahan baik untuk mentadbir kerajaan kepada penduduk tempatan
3. Mengapakah Sistem Ahli dianggap penting kepada negara?
- Merupakan tapak asas melati orang tempatan berkerajaan sendiri
- Merupakan proses perpaduan kaum
- Satu pendedahan baik untuk mentadbir kerajaan kepada penduduk tempatan
4. Portfolio yang terdapat dalam sistem ahli
- Ahli Dalam Negeri - Dato' Onn Jaafar
- Ahli Ekonomi - O.A Spencer
- Ahli Pertanian dan Perhutanan - Tunku Yaacob
- Ahli Kesihatan - Dr Lee Tiang Keng
- Ahli Pelajaran - Dato EEC Thuraisinggam
- Ahli Perindustrian dan Hubungan Sosial - J.D Hodgkinson
- Ahli Perumahanan Kerja Raya - J.D Mead
- Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan- Dato Mahmud Mat
PAKATAN MURNI
1. Konsep Pakatan Murni
- Pakatan Murni ialah usaha sama semua kaum menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan
2. Apakah manifesto Parti Perikatan dalam pilihan raya Majlis Perundangan
Persekutuan 1955?
3. Rombongan rundingan kemerdekaan ke London
Kejayaan - Dibentuk suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan
- Memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
4. Maksud Suruhanjaya Reid
5. Isi - isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang melahirkan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957
6. Bagaimanakah orang Melayu boleh menerima konsep Jus Soli dalam Persekutuan
Tanah Melayu?
7. Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
Persekutuan 1955?
- Mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat tahun
- Mewajibkan pendidikan
- Menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan
- Menjaga hak asasi manusia
- Melindungi Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
3. Rombongan rundingan kemerdekaan ke London
- Tunku Abdul Rahman
- Dr Ismail Abdul Rahman
- Dato Abdul Razak Hussei
- Kolonel H.S Lee
- Dato Panglima Bukit Gantang
- Dato Nik Ahmed Kamil
- En Abd Aziz Majid
- Dato Mohd Seth
Kejayaan - Dibentuk suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan
- Memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
4. Maksud Suruhanjaya Reid
- dibentuk untuk membincangkan dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka
- diketuai oleh Lord Reid (hakim British/pengerusi) , Sir Ivor Jenning (England), Sir William McKell ( bekas Gabenor Jeneral Australia), Tuan B.Malik (Hakim Mahkamah Tinggi India) dan Tuan Abdul Hamid (Pakistan)
- mempertimbangkan isu-isu seperti isu kedudukan Raja-raja Melayu & hak istimewa orang Melayu
- menerima 131 memorandom
- memberi perhatian kepada cadangan Parti Perikatan
- cadangan Suruhanjaya Reid dikeluarkan pada Februari 1957
- Parlimen British menerima cadangan pada Mei 1957
- cadangan ini disahkan oleh Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan Tanah Melayu pada 17 Ogos 1957
5. Isi - isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang melahirkan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957
- terbentuk Kerajaan Persekutuan
- memisahkan kuasa Persekutuan dengan kuasa Negeri
- wujud Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
- wujud institusi Raja Berperlembagaan pada peringkat negeri dan negara
- wujud tiga jenis kerakyatan iaitu secara kuat kuasa undang-undang, permohonan dan naturalisasi
- Konsep Jus Soli diterima
- agama islam menjadi agama rasmi Persekutuan
- Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
- Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan
- Yang diPertuan Agong menjadi ketua negara
- kerajaan mengamalkan demokrasi berparlimen
- Dewan Rakyat dan Dewan Negara di bawah kuasa parlimen
- di peringkat negeri Menteri Besar pelaksana pentadbiran
- Menteri Besar dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO
6. Bagaimanakah orang Melayu boleh menerima konsep Jus Soli dalam Persekutuan
Tanah Melayu?
- diterima melalui tolak ansur atau pakatan murni
- orang Melayu menerima dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa Orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan
- menerima islam sebagai agama rasmi
- menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
7. Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
- membolehkan kerajaan demokrasi berkonsepkan Raja Berperlembagaan dibentuk
- disokong oleh pemimpin Melayu dan Bukan Melayu
- lahir perpaduan yang jitu dalam Persekutuan Tanah Melayu
- memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan mentadbir negara mengikut acuan sendiri
- setiap kaum berusaha melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
- perbezaan warna kulit, bahasa dan bangsa telah diketepikan
- rakyat menikmati hasil Perlembagaan Tanah Melayu 1957